PIBG SK Batu 38 komited membantu sekolah dalam apa jua perancangan terutamanya yang dapat melonjakkan anak-anak ke era kecemerlangan. PIBG menyambut baik pelawaan untuk membantu  naik taraf Bilik Mesyuarat untuk kemudahan guru dan kakitangan menjalankan mesyuarat dan tempat menerima pelawat.

Manisnya, pelawat pertama bagi Bilik Mesyuarat yang baru adalah Pemantau ISO yang terdiri daripada Pegawai PPD dan Penyelaras ISO sekolah-sekolah Daerah Sabak Bernam.

Tarikh : 27 September 2012 ( Khamis )

Bilik Mesyuarat sebelum naik taraf.



 

 Guru Besar, En Dzulkifli Bin Jamhari bersama Pemantau ISO