JOM MELANCONG
Q (Soalan ) : Bestnya melancong... Tapi tak ada kawan... mahal... tak tau nak pegi mana?
A ( Jawapan ) : PIBG SK Batu 38 merancang pelan terbaik bagi mereka yang gemar atau ingin melancong. Hebatnya, bukan sekadar melancong, ia adalah sebagai satu aktiviti kemasyarakatan PIBG dan usaha menambah dana persatuan.
Q : Kalau macamtu, mahal la tu????
A : Harga pasaran, kami bantu urus termasuk pelan menyimpan untuk melancong. Kita sebut KUTU PELANCONGAN. Kita target tarikh melancong, berdikit-dikit menyimpan untuk persediaan melancong. Kan tidak terbeban. Ok????
Q : Ok... terbaik gitu... Tapi nak pegi mana ? Cadangnya bila ?
A : Medan, Bandung atau Bukit Tinggi Indonesia. Cadangnya cuti sekolah bulan Mei. Sekali sekala ke Negara Jiran. Asyik depa je datang sini... Boleh shoping... barang murah di sana... Orang kata syurga membeli belah... sambil tu boleh belajar macam-macam sebagai bekalan meneruskan kehidupan. Nak join tak ?
Q : Teruja dah ni!!!! Tapi.....mesti mahal pasportnya? Kosnya mesti tinggi?
A : Jangan risau... bincang dulu dengan kawan kita ni, ketua rombongan EN. ROSLAN BIN KAWI di talian 0192912829. Semua bisa diatur...
JOM....Jalan-jalan Sambil Beramal

